Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Total fund raised
KUALA LUMPUR: Menghargai sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyalurkan bantuan RM500 sebulan kepada Mat Sentul atau nama penuhnya, Abdul Rashid Yahya yang kini menginjak usia 88 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail, berkata bantuan bulanan itu akan bermula Mei ini, bagi membiayai keperluan sara hidup pelawak veteran itu.
"Kita beri sumbangan kotak kotak makanan kepada Mat Sentul selain bantuan bulanan sebanyak RM500 mulai Mei ini.
"Pemberian ini adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau dalam industri hiburan terutama perfileman.